kisah sebuah keluarga***

"NAJIHA"sebuah nama yang indah dan didefinisikan secara langsung sebagai.."wanita yang membawa kejayaan"berdasarkan maksud disebalik nama mengikut islam...itulah nama yang diberi oleh kedua ibubapa saya yang tercinta.Dilahirkan pada 18 MAC 1995 bertempat di Hospital Besar,Melaka.Saya adalah anak sulung dari 3 orang beradik...dan merupakan tunggal perempuan..Dengan adanya 2 orang adik lelaki..menceriakan lagi hari hari yang saya lalui..mereka sangat bijak dalam mengambil hati saya,membuli saya dan kadangkala suka sangat cari pasal dengan saya..akan tetapi..dengan adanya mereka..rumah saya sentiasa riuh rendah..ALLAH S.W.T telah menganugerahkan umatnya dengan sebuah "kehidupan"yang dilengkapi dengan kehadiran sebuah keluarga...begitu juga dengan saya, saya mempunyai sebuah keluarga yang sungguh bahagia..saya bersyukur kerana ALLAH S.W.T menghadiahi saya dengan 

memberi kedua ibu bapa yang amat baik ...mereka sangat memahami diri saya,mengambil berat tentang saya..menjaga tingkah laku saya dan menyayangi saya dengan penuh keikhlasan.Mereka sangat menjaga pergaulan saya...sehingga saya berumur 19 tahun kini...bak kata orang tua2..anak perempuan susah untuk dijaga..dan dibentuk..Oleh sebab itulah,mereka sering memantau gerak geri saya.. Melepak mahupun keluar bersembang dengan rakan2 di pusat membeli belah..bukanlah diri saya...saya sangat pelik apabila sebahagian ibubapa tidak mengendahkan anak mereka untuk keluar atau pulang rumah pada waktu malam...apatah lagi bila anak itu adalah seorang "gadis".Pada mulanya,saya juga berasa bengis apabila saya ingin keluar bersama rakan2 pada usia 14 tahun..tetapi dilarang sama sekali oleh ibu bapa saya..menurut mereka..saya masih muda untuk keluar tanpa bimbingan mereka..Pengaruh kawan sangatlah hebat..mereka ini umpama satu suara dari belakang yang berbisik di cuping telinga kita dengan kata"kita dah besar laa,,mana boleh ibubapa kita kongkong kita lagi,,kita boleh jaga diri sendiri".Justeru itu kita seharusnya bijak dalam memilih teman.sekali tersilap pilih..sukar untuk kita berpatah ke pangkal jalan..lagi pula,ALLAH SWT tidak akan meredhai kehidupan kita seandainya kita mengabaikan atau melawan kedua ibu bapa kita.apabila mereka melontarkan sebarang kata2...Lama kelamaan saya menjauhkan diri dari kawan2 yang mempunyai sikap sebegitu...Alhamdulilah saya telah sedar bahawa saya perlu mengutamakan keluarga.kerana mereka adalah segala galanya..saya mesti mendengar kata ibubapa saya kerana tanpa mereka..tidak akan wujudlah saya di  dunia ini..    



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarnya adalah terdiri dari manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” (At Tahrim:6)
 
keluarga bahagia membentuk peribadi yang mulia.....

No comments:

Post a Comment