FesyENku gAyaKU***







Baju kurung ialah pakaian tradisional untuk wanita Melayu .Baju Kurung terbahagi kepada dua iaitu Baju Kurung Lelaki dan Baju Kurung  Perempuan.Baju Kurung lelaki juga dikenali sebagai Baju Melayu..Ia menjadi pakaian rasmi untuk negara Malaysia dan Brunei....Pakaian tradisional ini juga boleh didapati di Indonesia,Singapura dan Thailand..Terdapat dua jenis baju kurung iaitu Baju Kurung Teluk Belanga..dan Baju Kurung Cekak Musang.Baju ini sesuai dipakai oleh semua lapisan usia..tambahan pula..baju kurung sangat sesuai digunakan untuk menghadiri majlis perkhawinan,majlis agama,dan majlis rasmi..Di Malaysia,secara amnya seluruh wanita Melayu memakai baju kurung sebagai pakaian tradisi ini termasuk pakaian rasmi pelajar sekolah rendah dan menengah .Cuma reka bentuk dan potongan baju kurung agak berbeza beza mengikut negeri..

.Saya sebagai salah seorang peminat fanatik baju kurung..sering mengikuti perkembangan trend masa kini untuk mencari design2 terbaru baju kurung untuk tahun 2014 ..semestinya semua orang juga  tidak sabar lagi untuk melihat rekaan terbaru yang bakal direka oleh pereka fesyen  kita yang idealistik..Selaras dengan peredaran zaman, kini pelbagai busana rekaan moden telah muncul dan diterima oleh masyarakat Melayu. Sungguhpun pada umumnya kita telah menerima pengaruh moden dalam pakaian harian, namun baju kurung tetap menjadi pilihan kaum wanita untuk digayakan. Bezanya, rekaan baju kurung sekarang lebih kontemporari tetapi masih mengekalkan ciri-ciri keasliannya..

Selain terdapat perbezaan dari reka bentuk dan potongannya,untuk menghasilkan rekaan yang lebih  moden dan kreatif, baju kurung juga dihiasi dengan sulaman, kerawang manik mahupun labuci.. Material untuk menghasilkan baju kurung juga  turut berubah. Kini terdapat pelbagai pilihan material antaranya satin,organza,chiffon,sutera,batik, linen dan banyak lagi...Perubahan ini dilakukan untuk disesuaikan dengan keadaan semasa atau majils yang hendak dihadiri.. selain cuba meniru gaya potongan asing yang mungkin bertujuan untuk kelihatan lebih moden. Kini terdapat pelbagai variasi baju kurung dan ia dikenali juga dengan nama Baju Kurung Moden...













No comments:

Post a Comment