Dan ini adalah hasil daripada PEncarian saya...REnung2 kanLAH.. :
Warna Pink adalah warna hasil warna campuran warna merah dengan putih. Warna yang disukai oleh kaum wanita. Warna pink memberi ketenangan, damai, lembut, indah dan warna kasih sayang. yang tidak digemari oleh kaum lelaki..
Warna
yang biasa kita lihat di sekeliling kita alam semulajadi, khususnya
tumbuh-tumbuhan. Warna hijau adalah warna yang simbolik bagi umat islam. Warna
hijau juga banyak digunakan dalam isyarat-isyarat awam sepert isyarat lampu,
maklumat papan tanda dan hala tuju. Pintu kecemasan juga menggunakan warna
hijau. Warna hijau melambangkan keremajaan, sejuk, tenang, kehidupan,
kedamaian, tulen dan kesejahteraan. Warna hijau sesuai bagi mereka-mereka yang
sukakan aktiviti dan kerja yang realistik dan saintifik.
Warna yang
dikategorikan warna panas. Warna api dan darah, yang membawa makna kekuatan,
kemarahan, kebencian, keberanian, semangat dan isyarat. Ia juga boleh dikaikan
dengan warna cinta dan hati. Dapat menarik perhatian dan menambahkan
metabolisma badan kita. Ianya dikaitkan dengan warna yang popular di kalangan
wanita. Kebanyakan warna mengandungi implikasi positif dan negatif. Warna merah
juga membawa maksud agresif, kemarahan dan keganasan. Merah gelap
memperlihatkan sifat kebangsawanan.
Warna laut dan langit.
Membawa maksud ketenangan. Warna yang sejuk, damai, sejahtera dan pasif di samping melambangkan
keikhlasan dan harapan. menggambarkan keadaan semulajadi seperti pokok dan
hutan, kehidupan, kestabilan, kedamaian dan ketulenan. Biru mewakili kesejukan,
kejauhan, semangat dan elegan. Di dalam mod negatif, biru memberi implikasi
kesedihan, pasif, keseorangan dan kemurungan. Orang yang berminat dengan warna
biru ini lebih suka bersosial dan berkomunikasi dengan ramai orang.
Warna matahari. Warna
ini lebih optimis dan moden. Tenaga yang disalurkan oleh warna kuning boleh
menjadi terlalu kuat. Melambangkan kegembiraan, penuh semangat dan riang.
Sifatnya girang akan menyebabkan kita sentiasa ceria. Warna kuning pudar akan
memberikan kesan berangin dan memercik. Juga dikaitkan sebagai warna panas dan
berinovasi. Bagi si pemakai warna kuning ini lebih gemar menurut peraturan dan
bersifat kekeluargaan.
Mempunyai rasa dalam,
rasa sedih dan penaklukan. Ianya juga dikaitkan dengan warna menawan di samping
memberi makna kejahatan, kengerian dan penuh kerahsiaan. Sinonim dengan warna
malam, ilmu hitam dan elegen.Warna hitam ini si pemakainya sebenarnya seorang
yang kurang berani tetapi suka menampakkan dirinya hebat.

Warna putih lebih
terkenal bagi melambangkan kesucian dan ketulenan. Putih memantulkan cahaya dan
dianggap warna musim panas. Putih digemari dalam penggubahan dan fesyen kerana
sifatnya yang ringan, neutral, dan sesuai dengan apa sahaja. Namun begitu,
warna putih lebih mudah menampakkan kekotoran dan lebih sukar untuk dijaga
berbanding warna lain. Doktor dan jururawat memakai warna putih sebagai tanda
kebersihan. Selain itu juga warna putih ini adalah bagi orang yang berani
tetapi tidak suka menampakkan keberanian.





.jpg)