PeRsaHabaTaN SeJaTI ***


"Sebaik baik sahabat disisi ALLAH ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi ALLAH ialah orang yang terbaik terhadap jirannya" (H.R AL HAKIM)


DALAM Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan.... Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti seseorang. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi suka duka bersama kita.Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat..,begitu juga dengan dia..akan tetapi selalunya kita hanya mementingkan perasaan kita sahaja..tanpa mengendahkan perasaan sahabat kita..
Saya mempunyai seorang sahabat yang baik..memahami karenah saya ,pandai mengambil hati saya dan sangat kelakar orangnya..."Zakirah Bte Rahman"adalah nama sahabat karib saya...seorang yang bertubuh kecil molek,mempunyai ketinggian yang sederhana,bertudung  labuh,gadis yang pandai menjaga cara percakapan apabila berkomunikasi,dan apa yang saya kagumi terhadap dirinya adalah dia  jarang melengahkan waktu solat kecuali jika benar2 mempunyai sebab2 yang tidak dapat dielakkan..dia tidak seperti saya yang hanya selalu melewatkan waktu solat tanpa sebab yang munasabah...Saya akui..antara kami terdapat banyak perbezaan..kadang2 saya terpikir untuk menjadi "SEPERTI DIA" namun dia adalah dia..dan saya adalah saya...apa yang mampu saya lakukan adalah cuba mengubah diri saya untuk menjadi lebih baik..
Usia persahabatan kami telah pun mencecah 7 tahun,kami sudah lama berkawan rapat sejak di sekolah rendah..tambahan pula kami adalah sekampung..Kami sering belajar bersama..dan saya suka meminta tunjuk ajar daripada dia.kerana dia lebih pandai sedikit daripada saya..hahaha...Apabila keputusan SPM keluar..kami terpaksa berpisah buat sementara waktu..sahabat saya mendapat tawaran dalam melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa..manakala saya hanya dapat melanjutkan pelajaran di Politeknik Nilai,Negeri Sembilan..walaupun begitu..saya bersyukur kerana ada peluang untuk saya melanjutkan pelajaran..sehingga kini, kami sering berhubung untuk menceritakan tentang tempat belajar masing2..dan dia sangat gembira dengan tempat belajarnya yang baru..dan saya juga gembira berada di pusat ilmu yang saya diami sekarang ini... 

'Ini sajalah coretan yang dapat saya lakarkan buat  tajuk"PersaHaBaTaN SeJaTI"..dan saya sentiasa berdoa agar persahabatan kami akan kekal buat selama lamanya tanpa ada rintangan yang menghalang...AMIN YA RABBAL' ALAMIN..... 







No comments:

Post a Comment