Wednesday, 8 January 2014

waRna KEhiduPAn***

Menurut apa yang saya fahami ...setiap warna mempunyai maksud yang tersendiri...
Dan ini adalah hasil daripada PEncarian saya...REnung2 kanLAH.. :











Warna Pink adalah warna hasil warna campuran warna merah dengan putih. Warna yang disukai oleh kaum wanita. Warna pink memberi  ketenangan, damai, lembut, indah dan warna kasih sayang.  yang tidak digemari oleh kaum lelaki..



Warna yang biasa kita lihat di sekeliling kita alam semulajadi, khususnya tumbuh-tumbuhan. Warna hijau adalah warna yang simbolik bagi umat islam. Warna hijau juga banyak digunakan dalam isyarat-isyarat awam sepert isyarat lampu, maklumat papan tanda dan hala tuju. Pintu kecemasan juga menggunakan warna hijau. Warna hijau melambangkan keremajaan, sejuk, tenang, kehidupan, kedamaian, tulen dan kesejahteraan. Warna hijau sesuai bagi mereka-mereka yang sukakan aktiviti dan kerja yang realistik dan saintifik.

Warna yang dikategorikan warna panas. Warna api dan darah, yang membawa makna kekuatan, kemarahan, kebencian, keberanian, semangat dan isyarat. Ia juga boleh dikaikan dengan warna cinta dan hati. Dapat menarik perhatian dan menambahkan metabolisma badan kita. Ianya dikaitkan dengan warna yang popular di kalangan wanita. Kebanyakan warna mengandungi implikasi positif dan negatif. Warna merah juga membawa maksud agresif, kemarahan dan keganasan. Merah gelap memperlihatkan sifat kebangsawanan.
Warna laut dan langit. Membawa maksud ketenangan. Warna yang sejuk, damai, sejahtera dan pasif di samping melambangkan keikhlasan dan harapan. menggambarkan keadaan semulajadi seperti pokok dan hutan, kehidupan, kestabilan, kedamaian dan ketulenan. Biru mewakili kesejukan, kejauhan, semangat dan elegan. Di dalam mod negatif, biru memberi implikasi kesedihan, pasif, keseorangan dan kemurungan. Orang yang berminat dengan warna biru ini lebih suka bersosial dan berkomunikasi dengan ramai orang.



Warna matahari. Warna ini lebih optimis dan moden. Tenaga yang disalurkan oleh warna kuning boleh menjadi terlalu kuat. Melambangkan kegembiraan, penuh semangat dan riang. Sifatnya girang akan menyebabkan kita sentiasa ceria. Warna kuning pudar akan memberikan kesan berangin dan memercik. Juga dikaitkan sebagai warna panas dan berinovasi. Bagi si pemakai warna kuning ini lebih gemar menurut peraturan dan bersifat kekeluargaan.



Mempunyai rasa dalam, rasa sedih dan penaklukan. Ianya juga dikaitkan dengan warna menawan di samping memberi makna kejahatan, kengerian dan penuh kerahsiaan. Sinonim dengan warna malam, ilmu hitam dan elegen.Warna hitam ini si pemakainya sebenarnya seorang yang kurang berani tetapi suka menampakkan dirinya hebat.


Warna putih lebih terkenal bagi melambangkan kesucian dan ketulenan. Putih memantulkan cahaya dan dianggap warna musim panas. Putih digemari dalam penggubahan dan fesyen kerana sifatnya yang ringan, neutral, dan sesuai dengan apa sahaja. Namun begitu, warna putih lebih mudah menampakkan kekotoran dan lebih sukar untuk dijaga berbanding warna lain. Doktor dan jururawat memakai warna putih sebagai tanda kebersihan. Selain itu juga warna putih ini adalah bagi orang yang berani tetapi tidak suka menampakkan keberanian.





No comments:

Post a Comment